Pendaftaran perniagaan adalah wajib untuk setiap syarikat baru atau perusahaan untuk memasuki pasaran.Walaubagaimanapun, pendaftaran cap dagangan adalah satu pilihan untuk syarikat tersebut mendaftar nama syarikat, atau nama jenama atau wakil lain seperti simbol, logo, pepatah, reka bentuk, imej, 3D atau sebuah gabungan.
Pendaftaran perniagaan tidak akan memberi apa-apa perlindungan kepada nama yang digunakan. Selagi syarikat anda tidak mempunyai nama yang sama dengan perniagaan yang wujud, oleh itu anda dibenarkan mendaftar. Walaubagaimanapun, pendaftaran cap dagangan memberikan anda perlindungan yang sah di atas nama ataupun logo yang telah anda daftar. Selepas pendaftaran, tiada orang lain yang akan dibenarkan untuk mengguna dan mendaftar nama dan logo dimana ianya sama atau lebih kurang sama berbanding dengan kewujudan pemilik cap dagangan. |